DEFINISI PENDIDIKAN SAINS
😶 Sains ialah satu proses eksperimen yang berterusan dan mencuba jawapan terhadap kejadian dan tindak balas yang berlaku dalam persekitaran.
😙 Proses eksperimen ini akan menimbulkan rasa ingin tahu, minat dan proses penyelesaian masalah.
😶 Proses eksperimen: memerhati, berfikit dan membuat perkaitan antara satu tindakan dan kesan atau kejadian dan peristiwa.
😙 Daripada proses yang berlaku, kanak-kanak akan memperoleh pengetahuan sains, menggalakkan perasaan ingin tahu, meneroka persekitaran, meramal, memerhati dan menjalankan kajian.
TUJUAN PENDIDIKAN SAINS
🙎 Membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran membaca kanak-kanak.
🙎 Memberi peluang kepada kanak-kanak mengkaji hubungan kesan dan akibat.
🙎 Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir secara kreatif, kritis, analitis dan sistematik dalam membuat penaakulan.
🙎 Membantu kanak-kanak membina dan menghayati sikap dan nilai murni.
KEPENTINGAN PENDIDIKAN SAINS AWAL KANAK-KANAK
😽 Menyumbang dalam perkembangan intelek kanak-kanak.
😽 Memperkembangkan bahasa dan kefahaman semasa menerangkan dan merekodkan di samping meningkatkan kosa kata.
😽 Meningkatkan daya ingatan dan kebolehan mengelaskan.
😽 Penglibatan kanak-kanak dalam penerokaan, penemuan benda baru dan penyelesaian masalah.
KEMAHIRAN PROSES SAINS
👌 Membuat pemerhatian
👌 Membuat perbandingan
👌 Mengelas
👌 Mengukur, menganggar dan menggunakan nombor
👌 Berkomunikasi
👌 Meramal
👌 Membuat inferens
👌 Menggunakan perhubungan dan masa
👌 Mentafsir maklumat
👌 Mendefinisikan secara operasi
👌 Mengawal pembolehubah
👌 Membina hipotesis
👌 Menjalankan eksperimen
- Alam Hidupan
- Alam Bahan
- Alam Fizikal
Aspek Tumbuhan
Cadangan aktiviti:
- Menyusun daun mengikut seriasi dan bentuk.
- Mengumpul daun mengikut warna.
- Membezakan tekstur daun.
- Menanam biji kacang hijau di atas tisu basah dan merekod perkembangannya.
Cadangan aktiviti:
- Meneka dan mengecam tempat tinggal haiwan dengan betul.
- Memadankan haiwan dengan tempat tinggal.
- Mengasingkan gambar haiwan mengikut habitatnya.
- Membanding beza dan mengelaskan gambar haiwan mengikut makanan utamanya.
Cadangan aktiviti:
- Meneroka persekitaran menggunakan organ deria.
- Meneka bunyi yang dibuat oleh pendidik.
- Menamakan bahagian tubuh badan.
Cadangan aktiviti:
- Mengasingkan makanan mengikut rasanya.
- Memerhati objek tenggelam dan timbul.
- Banding beza antara pasir kering dan pasir basah.
- Mengesan objek yang boleh tertarik dengan magnet.
Waktu
Cadangan aktiviti:
- Aktiviti padanan antara aktiviti tertentu dengan waktu yang bersesuaian. Cth: Pergi ke sekolah pada waktu pagi.
Cadangan aktiviti:
- Membuat carta cuaca di dalam bilik darjah.
- Memerhati awan, melakar dan mewarnakan awan pada keadaan cuaca yang berlainan.
- Aktiviti melakar bayang-bayang pada waktu yang berbeza dalam sehari.
No comments:
Post a Comment