Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1993), Pendidikan merupakan sesuatu yang berkaitan dengan mendidik. Selain itu, pendidikan juga ialah ilmu yang merujuk kepada ilmu didik, ilmu mendidik, didikan, latihan dan ajaran. Perkataan pendidikan berasala daripada perkataan ‘didik’ yang membawa maksud ajar, bimbing, bentuk, dan asuh. Menurut perkataan Inggeris pula, pendidikan adalah “Education” iaitu perkataan yang berasal daripada Latin “Educare” yang bermaksud mengasuh, memelihara dan juga membimbing. Oleh itu, melalui definisi tersebut dapatlah kita memahami pendidikan merupakan proses pertumbuhan ke arah yang lebih baik bagi mencapai kesempurnaan akal, mental dan juga perkembangan jasmani. Sumber:Google
DEFINISI AWAL KANAK-KANAK
1. Menurut National Association for rhe Education of Young Children (NAEYC):
- Pendidikan awal kanak-kanak diberi seawal usia lahir hingga berumur 8 tahun
2. Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi keempat menyatakan:
- Pendidikan awal kanak-kanak diberikan kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun yang dinamakan Tadika.
3. Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308)
- Program pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun
No comments:
Post a Comment