Tuesday, 10 August 2021

Perkembangan Sosioemosi Awal Kanak-Kanak - TERAPI BERMAIN


 DEFINISI

Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi.

Sosial

  • Kamus Pelajar Edisi Pertama: Segala hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan.
  • Kamus Dewan Edisi Ketiga: Segala yang berkaitan dengan masyarakat dan kemasyarakatan.
Emosi

  • Emosi adalah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya.

PERINGKAT KONFLIK EMOSI DAN CIRI-CIRINYA (ERIK ERIKSON)

🙀0-1 setengah tahun (Bayi) - Kepercayaan Lawan Ketidakpercayaan

  • Rasa kepercayaan dibina dalam tahun pertama.
  • Membina rasa kepercayaan secara peringkat.
  • Membina rasa ketidakpercayaan jika keperluannya tidak dapat dipenuhi.
  • Ketidakpercayaan akan membentuk tingkah laku negatif.
😼1 setengah hingga 3 tahun (Awal Kanak-kanak) - Autonomi Lawan Malu/Ragu

  • Keinginan memiliki kuasa.
  • Keinginan membuat sesuatu dengan daya usaha sendiri.
  • Merasa malu jika tidak diberi kuasa.
  • Merasa malu di hadapan orang.
  • Merasa takut melakukan kesalahan.
😀3 hingga 6 tahun (Awal Kanak-kanak Tadika) - Inisiatif Lawan Serba Salah

  • Belajar cepat
  • Bergerak cepat
  • Peka kepada yang betul dan salah.
  • Merasa serba salah jika diketawakan.
  • Membina sikap negatif jika merasa serba salah.
😼6 hingga 11 tahun (Kanak-kanak) - Kerajinan Lawan Kompleks Rendah Diri

  • Keinginan menguasai sesuatu.
  • Keinginan berjaya
  • Menguasai kemahiran asas fizikal dan sosial.
  • Memerlukan peneguhan positif atau penghargaan terhadap tugas yang disempurnakankannya.
  • Merasa kompleks rendah diri jika dikritik.
😲12 hingga 20 tahun (Remaja) - Identiti Lawan Kekeliruan Identiti

  • Cuba memahami diri
  • Menghadapi krisis identiti.
  • Sensitif terhadap perubahan badan dan imej diri.
  • Membentuk konsep kendiri positif dan negatif.
  • Perkembangan emosi berlandaskan emosi dari peringkat-peringkat terdahulu.
😷21 hingga 25 tahun (Awal Dewasa) - Kemesraan Lawan Keterasingan

  • Berusaha terus mencari identiti.
  • Berusaha membentuk ikatan kemesraan.
  • Sesetengah individu yang gagal kerana pengalaman kekecewaan, terus keterasingan.
😎26 hingga 60 tahun (Dewasa) - Generativiti Lawan Inaktiviti

  • Generativiti bermaksud memberi sumbangan kepada generasi berikutnya atau melakukan aktiviti produktiviti.
  • Individu akan berasa kecewa kerana gagal dalam pencapaian yang bermakna.
😗61 ke atas (Masa tua) - Integriti Lawan Putus Asa

  • Integriti adalah hasil kebanggaan terhadap kehidupan yang berharga.
  • Orang tua yang kurang berpuas hati dengan kehidupannya akan takut akan kematian. 



DEFINISI TERAPI BERMAIN

 

  • Bermaksud penggunaan model teoritikal secara sistematik untuk membentuk proses interpersonal. 
  • Terapi bermain terlatih menggunakan kuasa terapeutik bermain untuk membantu klien mencegah atau menyelesaikan masalah psikososial dan mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum. 

TUJUAN TERAPI BERMAIN

  • Meningkatkan tahap tumpuan.
  • Meningkatkan tahap keyakinan diri.
  • Mengurangkan masalah tingkah laku dan emosi.
  • Meningkatkan kefahaman diri tentang matlamat hidup.

JENIS-JENIS MAIN

  • Main diri sendiri (Solitary Play)
  • Main selari (Parallel Play)
  • Main asosiatif (Associative Play)
  • Main koperatif (Cooperative Play)

JENIS-JENIS TERAPI BERMAIN

  • Non-directive: Kanak-kanak memutuskan perkara yang perlu dilakukan dalam sesi tersebut dan dalam lingkungan kawasan yang selamat.
  • Directive: Ahli terapi memimpin perjalanan terapi atau kedua-duanya. Terapi bermain ini amat berkesan dengan kanak-kanak yang tidak boleh atau tidak mahu bercakap tentang masalah mereka.

BAHAN-BAHAN TERAPI BERMAIN







KEGUNAAN TERAPI BERMAIN

  • Kanak-kanak yang berhadapan dengan konflik perpisahan dan perceraian.
  • Kanak-kanak yang mengalami trauma seperti penderaan seksual, fizikal dan emosi.
  • Kanak-kanak yang pernah menyaksikan keganasan rumahtangga.


 






No comments:

Post a Comment