1) PERKEMBANGAN SENI AWAL KANAK-KANAK
i) PENGENALAN
Seni Visual adalah hasil karya seorang individu dengan menggunakan pelbagai teknik melukis, mewarna, mencantum, menampal dan lain-lain.
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.
Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi & merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.
Pendedahan & penglibatan di dalam pelbagai jenis pengalaman adalah penting untuk kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 4 - 9 tahun.
ii) MATLAMAT SENI DALAM PENDIDIKAN
Untuk membentuk keperibadian generasi yang :-
1. Celik budaya.
2. Mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi.
3. Imaginatif.
4. Kritis.
5. Kreatif.
6. Inovasi.
7. Inventif.
iii) KEPENTINGAN PENGAJARAN SENI VISUL KEPADA KANAK-KANAK
a) penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan & pembangunan dari pelbagai aspek.
b) Meningkatkan pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak.
c) Mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadapa sekelilingnya serta berfungsi sebagai alat komunikasi dalam kehidupan kanak-kanak.
2) CORAK & REKAAN
DEFINISI
a) Corak
- Susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas.
- Corak terdiri daripada Corak Terancang & Corak Tidak Terancang.
b) Motif
- Sama ada rupa bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan.
- Ia terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik.
PENGHASILAN CORAK
a) Corak Terancang
- Menggunakan motif yang disusun dengan teratur & dalam susunan tertentu.
- Motif menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuklah penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.
CONTOH CORAK TERANCANG
JENIS SUSUNAN DALAM CORAK TERANCANG
1. Susunan Ulang Sekata
- Motif yang diulang secara berurutan dalam baris & lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik.
- Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan.
2. Susunan Berselang-seli
- Motif yang disusun secara berselang-seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong.
- Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik & teratur.
3. Susunan Batu Bata
- Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama
- Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya
4. Susunan bertimbal/cerminan
- Motif ini diwujudkan secara cerminan.
- Motif akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan.
5. Susunan bertindih
- Motif yang sama disusun secara bertindih antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik.
6. Susunan Beralun
- Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekata atau tidak.
- Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau berbeza.
7. Susunan Berpusat
- Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan.
- Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, heksagon, oktagon dll.
b) Corak Tidak Terancang
- Dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu.
- Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dll.
CONTOH CORAK TIDAK TERANCANG
JENIS-JENIS MOTIF DALAM MEMBUAT CORAK & REKAAN
- Boleh didapati daripada rupa/bentuk daripada alam ciptaan ilahi.
- Rupa/bentuk asas seperti persegi, bulat, bujur, segitiga dan rupa geometri yang lain.
- Rupa/bentuk dari bahan buatan manusia.
- Rupa/bentuk angka & huruf.
- Rupa atau bentuk kraf tradisional.
No comments:
Post a Comment