Thursday, 24 June 2021

ICT



 1APA ITU ICT ?


a) APAKAH TMK (ICT)
Pengertian paling asas teknologi maklumat dan komunikasi atau TMK ialah semua jenis teknologi yang digunakan untuk :
-memproses
-mengolah
-menyimpan
-mempersembahkan dan memindahkan data atau maklumat dalam bentuk elektronik


b) ICT (INFORMATION & COMMUNICATION TECHNOLOGY)

- Meliputi semua teknologi yang membantu penyampaian maklumat
- Radio
- Televisyen - Tv Pendidikan
- Telefon mudah alih
- Komputer 
- Internet

c) PENGGUNAAN ICT 

3 FASA : 

i) Penggantian - guru menggunakan  ICT sebagai alat untuk sesi PdP tanpa                                            mengubah kaedah pengajaran 

ii) Peralihan - penggunaan ICT dapat merangsang perubahan yang membawa kepada                        kaedah pengajaran yang baru

iii) Pengubahan - Perubahan asas terhadap peranan pelajar dan guru dalam PdP



d) MAKSUD PENGGUNAAN TMK (ICT) DALAM PROSES PdP
- Penggunaan TMK (ICT) dalam PdP bermaksud menggunakan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan PdP.



e) ALATAN YANG DIGUNAKAN 
- Alat teknologi seperti :
    > Komputer.
    > Kamera Digital.
    > Kamera Video.
    > Projektor LCD
    > Pemain DVD, VCD dll 












2) pembelajaran ict mengikut tunjang kspk 


i) TUNJANG keterampilan diri 
  • Memupuk semangat kerjasama apabila aktiviti dijalankan secara berpasangan atau kumpulan.
  • Memupuk sifat tanggungjawab pada tugas yang diberikan.
  • Berasa seronok dan bangga dengan hasil kerja yang dilakukan.



ii) tunjang fizikal & estetika 

     (perkembangan fizikal)
  • Memupuk kemahiran motor halus kanak-kanak melalui aktiviti memasukkan cakera ataupun disket ke dalam pemacu atau menekan butang tetikus dan menggunakan papan kekunci.
  • Meningkatkan koodinasi mata dan tangan apabila kanak-kanak membawa kursos ke tempat yang dipilih di atas skrin.
  • Membaiki kemahiran penglibatan apabila kanak-kanak mengesan pergerakan kursor di atas skrin.

       (perkembangan kognitif)
  • Mengenal pasti dan mengasingkan objek mengikut ciri-ciri seperti warna, bentuk, dan saiz melalui program pengasingan.
  • Menyusun dan mengatur mengikut saiz dan corak.
  • Membentuk kemahiran awal bacaan seperti mengaitkan label perkataan dengan gambar.
  • Memahami kesan dan akibat seperti :
           - apa akan terjadi apabila kekunci ditekan.
           - maklum balas yang belaku sepanjang program.


iii) tunjang komunikasi (bahasa & komunikasi)
  • kaedah demonstrasi atau simulasi ini merupakan kaedah yang digunakan bagi pendekatan penggunaan komputer sebagai bahan pengajaran.
  • model ini digunakan untuk menerangkan sesuatu konsep atau sesuatu masalah matematik dan juga bahasa. 
  • Laurillard (1993) di dalam [Munir & Halimah Badioze (1999)] : 
          > Model simulasi atau demonstrasi boleh digunakan dalam program 
             komputer kerana program ini menyediakan kemudahan tindak balas 
              terhadap apa-apa makluman.


 

iv) sains & teknologi 
        
       (awal sains)
  •  Menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar menggunakan organ deria dan peralatan mudah.
  • Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yang positif seperti sifat ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk.
  • Kemahiran asas sains seperti :
          - kemahiran memerhati
          - mengukur menggunakan unit bukan piawai     
          - membanding 
          - mengelas
  • Penerokaaan dijalankan ke atas 3 alam :-
  • alam kehidupan : tumbuhan, haiwan dan manusi.
  • alam bahan : objek yang terampung dan timbul, air dan magnet.
  • alam fizikal : pelangi dan cuaca    

           

        (awal matematik)
  • Membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak seperti :
         - konsep pranombor
         - nombor
         - operasi nombor yang mudah
         - nilai wang
         - konsep waktu, bentuk dan ruang

            
v) tunjang kerohanian, sikap & nilai (PENDIDIKAN MORAL)
  • Memberi fokus kepada perlakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada di prasekolah.
  • tidak dijalankan melalui aktivii yang spesifik tetapi diterapkan melalui semua aktiviti yang dijalankan alam prasekolah.
  • Nilai-nilai murni KSPK adalah seperti berikut:
             i) kepercayaan kepada tuhan.
            ii) baik hati
            iii) bertanggungjawab 
            iv) keberanian dll


vi) tunjang kemanusiaan
  • Memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri, lebih memahami perhubungan antara diri  dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar.
  • Kanak-kanak juga akan lebih memahami tanggungajwab diri dalam perhubungan- perhubungan ini.
  • Memberi penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di malaysia serta menggalakan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum ini. 
  • menggariskan skop dan konteks pembelajaran di prasekolah. 





No comments:

Post a Comment