Tuesday, 31 August 2021

SAINS AWAL KANAK-KANAK

 


DEFINISI PENDIDIKAN SAINS

😶 Sains ialah satu proses eksperimen yang berterusan dan mencuba jawapan terhadap kejadian dan tindak balas yang berlaku dalam persekitaran.

😙 Proses eksperimen ini akan menimbulkan rasa ingin tahu, minat dan proses penyelesaian masalah.

😶 Proses eksperimen: memerhati, berfikit dan membuat perkaitan antara satu tindakan dan kesan atau kejadian dan peristiwa. 

😙 Daripada proses yang berlaku, kanak-kanak akan memperoleh pengetahuan sains, menggalakkan perasaan ingin tahu, meneroka persekitaran, meramal, memerhati dan menjalankan kajian. 

TUJUAN PENDIDIKAN SAINS

🙎 Membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran membaca kanak-kanak.

🙎 Memberi peluang kepada kanak-kanak mengkaji hubungan kesan dan akibat.

🙎 Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir secara kreatif, kritis, analitis dan sistematik dalam membuat penaakulan.

🙎 Membantu kanak-kanak membina dan menghayati sikap dan nilai murni.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN SAINS AWAL KANAK-KANAK

😽 Menyumbang dalam perkembangan intelek kanak-kanak.

😽 Memperkembangkan bahasa dan kefahaman semasa menerangkan dan merekodkan di samping meningkatkan kosa kata.

😽 Meningkatkan daya ingatan dan kebolehan mengelaskan.

😽 Penglibatan kanak-kanak dalam penerokaan, penemuan benda baru dan penyelesaian masalah. 

KEMAHIRAN PROSES SAINS 

👌 Membuat pemerhatian

👌 Membuat perbandingan

👌 Mengelas

👌 Mengukur, menganggar dan menggunakan nombor

👌 Berkomunikasi

👌 Meramal

👌 Membuat inferens

👌 Menggunakan perhubungan dan masa

👌 Mentafsir maklumat

👌 Mendefinisikan secara operasi

👌 Mengawal pembolehubah

👌 Membina hipotesis

👌 Menjalankan eksperimen



KONSEP AWAL SAINS KEPADA KANAK-KANAK

Konsep Asas Sains
  • Alam Hidupan
  • Alam Bahan
  • Alam Fizikal
😾 Alam Hidupan

Aspek Tumbuhan

Cadangan aktiviti:

  1. Menyusun daun mengikut seriasi dan bentuk.
  2. Mengumpul daun mengikut warna.
  3. Membezakan tekstur daun.
  4. Menanam biji kacang hijau di atas tisu basah dan merekod perkembangannya.
Aspek Haiwan

Cadangan aktiviti:

  1. Meneka dan mengecam tempat tinggal haiwan dengan betul.
  2. Memadankan haiwan dengan tempat tinggal.
  3. Mengasingkan gambar haiwan mengikut habitatnya.
  4. Membanding beza dan mengelaskan gambar haiwan mengikut makanan utamanya.
Aspek Manusia

Cadangan aktiviti:

  1. Meneroka persekitaran menggunakan organ deria.
  2. Meneka bunyi yang dibuat oleh pendidik.
  3. Menamakan bahagian tubuh badan.
😾 Alam Bahan

Cadangan aktiviti:

  1. Mengasingkan makanan mengikut rasanya.
  2. Memerhati objek tenggelam dan timbul.
  3. Banding beza antara pasir kering dan pasir basah.
  4. Mengesan objek yang boleh tertarik dengan magnet. 
😾 Alam Fizikal

Waktu

Cadangan aktiviti:

  1. Aktiviti padanan antara aktiviti tertentu dengan waktu yang bersesuaian. Cth: Pergi ke sekolah pada waktu pagi.
Cuaca

Cadangan aktiviti:

  1. Membuat carta cuaca di dalam bilik darjah.
  2. Memerhati awan, melakar dan mewarnakan awan pada keadaan cuaca yang berlainan.
  3. Aktiviti melakar bayang-bayang pada waktu yang berbeza dalam sehari.

Tuesday, 10 August 2021

Perkembangan Sosioemosi Awal Kanak-Kanak - TERAPI BERMAIN


 DEFINISI

Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi.

Sosial

  • Kamus Pelajar Edisi Pertama: Segala hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan.
  • Kamus Dewan Edisi Ketiga: Segala yang berkaitan dengan masyarakat dan kemasyarakatan.
Emosi

  • Emosi adalah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya.

PERINGKAT KONFLIK EMOSI DAN CIRI-CIRINYA (ERIK ERIKSON)

🙀0-1 setengah tahun (Bayi) - Kepercayaan Lawan Ketidakpercayaan

  • Rasa kepercayaan dibina dalam tahun pertama.
  • Membina rasa kepercayaan secara peringkat.
  • Membina rasa ketidakpercayaan jika keperluannya tidak dapat dipenuhi.
  • Ketidakpercayaan akan membentuk tingkah laku negatif.
😼1 setengah hingga 3 tahun (Awal Kanak-kanak) - Autonomi Lawan Malu/Ragu

  • Keinginan memiliki kuasa.
  • Keinginan membuat sesuatu dengan daya usaha sendiri.
  • Merasa malu jika tidak diberi kuasa.
  • Merasa malu di hadapan orang.
  • Merasa takut melakukan kesalahan.
😀3 hingga 6 tahun (Awal Kanak-kanak Tadika) - Inisiatif Lawan Serba Salah

  • Belajar cepat
  • Bergerak cepat
  • Peka kepada yang betul dan salah.
  • Merasa serba salah jika diketawakan.
  • Membina sikap negatif jika merasa serba salah.
😼6 hingga 11 tahun (Kanak-kanak) - Kerajinan Lawan Kompleks Rendah Diri

  • Keinginan menguasai sesuatu.
  • Keinginan berjaya
  • Menguasai kemahiran asas fizikal dan sosial.
  • Memerlukan peneguhan positif atau penghargaan terhadap tugas yang disempurnakankannya.
  • Merasa kompleks rendah diri jika dikritik.
😲12 hingga 20 tahun (Remaja) - Identiti Lawan Kekeliruan Identiti

  • Cuba memahami diri
  • Menghadapi krisis identiti.
  • Sensitif terhadap perubahan badan dan imej diri.
  • Membentuk konsep kendiri positif dan negatif.
  • Perkembangan emosi berlandaskan emosi dari peringkat-peringkat terdahulu.
😷21 hingga 25 tahun (Awal Dewasa) - Kemesraan Lawan Keterasingan

  • Berusaha terus mencari identiti.
  • Berusaha membentuk ikatan kemesraan.
  • Sesetengah individu yang gagal kerana pengalaman kekecewaan, terus keterasingan.
😎26 hingga 60 tahun (Dewasa) - Generativiti Lawan Inaktiviti

  • Generativiti bermaksud memberi sumbangan kepada generasi berikutnya atau melakukan aktiviti produktiviti.
  • Individu akan berasa kecewa kerana gagal dalam pencapaian yang bermakna.
😗61 ke atas (Masa tua) - Integriti Lawan Putus Asa

  • Integriti adalah hasil kebanggaan terhadap kehidupan yang berharga.
  • Orang tua yang kurang berpuas hati dengan kehidupannya akan takut akan kematian. 



DEFINISI TERAPI BERMAIN

 

  • Bermaksud penggunaan model teoritikal secara sistematik untuk membentuk proses interpersonal. 
  • Terapi bermain terlatih menggunakan kuasa terapeutik bermain untuk membantu klien mencegah atau menyelesaikan masalah psikososial dan mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum. 

TUJUAN TERAPI BERMAIN

  • Meningkatkan tahap tumpuan.
  • Meningkatkan tahap keyakinan diri.
  • Mengurangkan masalah tingkah laku dan emosi.
  • Meningkatkan kefahaman diri tentang matlamat hidup.

JENIS-JENIS MAIN

  • Main diri sendiri (Solitary Play)
  • Main selari (Parallel Play)
  • Main asosiatif (Associative Play)
  • Main koperatif (Cooperative Play)

JENIS-JENIS TERAPI BERMAIN

  • Non-directive: Kanak-kanak memutuskan perkara yang perlu dilakukan dalam sesi tersebut dan dalam lingkungan kawasan yang selamat.
  • Directive: Ahli terapi memimpin perjalanan terapi atau kedua-duanya. Terapi bermain ini amat berkesan dengan kanak-kanak yang tidak boleh atau tidak mahu bercakap tentang masalah mereka.

BAHAN-BAHAN TERAPI BERMAIN







KEGUNAAN TERAPI BERMAIN

  • Kanak-kanak yang berhadapan dengan konflik perpisahan dan perceraian.
  • Kanak-kanak yang mengalami trauma seperti penderaan seksual, fizikal dan emosi.
  • Kanak-kanak yang pernah menyaksikan keganasan rumahtangga.