Sunday, 25 July 2021

PENDIDIKAN SENI VISUAL AWAL KANAK-KANAK (PERKEMBANGAN SENI AWAL KANAK-KANAK)


 

1) PERKEMBANGAN SENI AWAL KANAK-KANAK


i) PENGENALAN 

Seni Visual adalah hasil karya seorang individu dengan menggunakan pelbagai teknik melukis, mewarna, mencantum, menampal dan lain-lain.

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.

Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi & merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.

Pendedahan & penglibatan di dalam pelbagai jenis pengalaman adalah penting untuk kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 4 - 9 tahun.



ii) MATLAMAT SENI DALAM PENDIDIKAN

Untuk membentuk keperibadian generasi yang :-
1. Celik budaya.
2. Mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi.
3. Imaginatif.
4. Kritis.
5. Kreatif.
6. Inovasi.
7. Inventif.


iii) KEPENTINGAN PENGAJARAN SENI VISUL KEPADA KANAK-KANAK

a) penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan 
    rangsangan & pembangunan dari pelbagai aspek.

b) Meningkatkan pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak.

c) Mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadapa sekelilingnya serta berfungsi
    sebagai alat komunikasi dalam kehidupan kanak-kanak. 




Saturday, 24 July 2021

MATEMATIK AWAL KANAK-KANAK

 1)



KONSEP PRANOMBOR

  • Konsep pranombor perlu dipelajari oleh kanak-kanak sebelum mereka boleh menggunakan konsep nombor keseluruhannya dengan betul.
  • Pendedahan awal konsep pranombor pada seawal usia kanak-kanak adalah penting bagi sikap positif terhadap matematik.
  Konsep Nombor terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

  • pengelasan
  • perbandingan
  • seriasi
  • padanan satu dengan satu
  • pola
  • keabadian
KONSEP NOMBOR
  • Adalah pemikiran seseorang daripada kumpulan atau kumpulan benda yang dilihat.
  • menggambarkan bilangan atau banyaknya benda bagi sesuatu kumpulan iaitu sifat kuantiti benda tersebut.
  • sistem nombor yang digunakan kini:
    • nilai tempat
    • asas sepuluh
    • penggunaan sifar
    • mempunyai nilai tambah
    • nombor boleh ditambah berdasarkan nilai tempat
KONSEP WAKTU
  • Adalah satu konsep yang abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
  • turutan peristiwa seperti akhir, pertama, selepas, sebelum dan diantara menunjukkan idea kedudukan seperti pertama, kedua dan ketiga.
  • masa boleh diukur dengan 2 cara iaitu:
    • tempoh masa
    • waktu ia berlaku
  • unit arbitrari untuk pengukuran masa ialah:
    • ayunan bandul
    • titisan air
    • denyutan jantung
    • jam pasir
  • unit formal bagi pengukuran masa ialah:
    • jam
    • hari
    • minggu
    • bulan
    • tahun