1) APA ITU ICT ?
a) APAKAH TMK (ICT)
Pengertian paling asas teknologi maklumat dan komunikasi atau TMK ialah semua jenis teknologi yang digunakan untuk :
-memproses
-mengolah
-menyimpan
-mempersembahkan dan memindahkan data atau maklumat dalam bentuk elektronik
b) ICT (INFORMATION & COMMUNICATION TECHNOLOGY)
- Meliputi semua teknologi yang membantu penyampaian maklumat
- Radio
- Televisyen - Tv Pendidikan
- Telefon mudah alih
- Komputer
- Internet
c) PENGGUNAAN ICT
3 FASA :
i) Penggantian - guru menggunakan ICT sebagai alat untuk sesi PdP tanpa mengubah kaedah pengajaran
ii) Peralihan - penggunaan ICT dapat merangsang perubahan yang membawa kepada kaedah pengajaran yang baru
iii) Pengubahan - Perubahan asas terhadap peranan pelajar dan guru dalam PdP
d) MAKSUD PENGGUNAAN TMK (ICT) DALAM PROSES PdP
- Penggunaan TMK (ICT) dalam PdP bermaksud menggunakan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan PdP.
e) ALATAN YANG DIGUNAKAN
- Alat teknologi seperti :
> Komputer.
> Kamera Digital.
> Kamera Video.
> Projektor LCD
> Pemain DVD, VCD dll
2) pembelajaran ict mengikut tunjang kspk
i) TUNJANG keterampilan diri
- Memupuk semangat kerjasama apabila aktiviti dijalankan secara berpasangan atau kumpulan.
- Memupuk sifat tanggungjawab pada tugas yang diberikan.
- Berasa seronok dan bangga dengan hasil kerja yang dilakukan.
ii) tunjang fizikal & estetika
(perkembangan fizikal)
- Memupuk kemahiran motor halus kanak-kanak melalui aktiviti memasukkan cakera ataupun disket ke dalam pemacu atau menekan butang tetikus dan menggunakan papan kekunci.
- Meningkatkan koodinasi mata dan tangan apabila kanak-kanak membawa kursos ke tempat yang dipilih di atas skrin.
- Membaiki kemahiran penglibatan apabila kanak-kanak mengesan pergerakan kursor di atas skrin.
(perkembangan kognitif)
- Mengenal pasti dan mengasingkan objek mengikut ciri-ciri seperti warna, bentuk, dan saiz melalui program pengasingan.
- Menyusun dan mengatur mengikut saiz dan corak.
- Membentuk kemahiran awal bacaan seperti mengaitkan label perkataan dengan gambar.
- Memahami kesan dan akibat seperti :
- apa akan terjadi apabila kekunci ditekan.
- maklum balas yang belaku sepanjang program.
iii) tunjang komunikasi (bahasa & komunikasi)
- kaedah demonstrasi atau simulasi ini merupakan kaedah yang digunakan bagi pendekatan penggunaan komputer sebagai bahan pengajaran.
- model ini digunakan untuk menerangkan sesuatu konsep atau sesuatu masalah matematik dan juga bahasa.
- Laurillard (1993) di dalam [Munir & Halimah Badioze (1999)] :
> Model simulasi atau demonstrasi boleh digunakan dalam programkomputer kerana program ini menyediakan kemudahan tindak balasterhadap apa-apa makluman.
iv) sains & teknologi
(awal sains)
- Menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar menggunakan organ deria dan peralatan mudah.
- Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yang positif seperti sifat ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk.
- Kemahiran asas sains seperti :
- mengukur menggunakan unit bukan piawai
- membanding
- mengelas
- Penerokaaan dijalankan ke atas 3 alam :-
- alam kehidupan : tumbuhan, haiwan dan manusi.
- alam bahan : objek yang terampung dan timbul, air dan magnet.
- alam fizikal : pelangi dan cuaca
(awal matematik)
- Membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak seperti :
- nombor
- operasi nombor yang mudah
- nilai wang
- konsep waktu, bentuk dan ruang
v) tunjang kerohanian, sikap & nilai (PENDIDIKAN MORAL)
- Memberi fokus kepada perlakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada di prasekolah.
- tidak dijalankan melalui aktivii yang spesifik tetapi diterapkan melalui semua aktiviti yang dijalankan alam prasekolah.
- Nilai-nilai murni KSPK adalah seperti berikut:
ii) baik hati
iii) bertanggungjawab
iv) keberanian dll
vi) tunjang kemanusiaan
- Memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri, lebih memahami perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar.
- Kanak-kanak juga akan lebih memahami tanggungajwab diri dalam perhubungan- perhubungan ini.
- Memberi penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di malaysia serta menggalakan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum ini.
- menggariskan skop dan konteks pembelajaran di prasekolah.